Najib kata 1MDB tak boleh dedah pelaburan dalam Brazen Sky: Saksi

April 21, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kepada firma audit Tetuan KPMG bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai pelaburan syarikat itu di Brazen Sky Limited kerana ia sulit, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Menurut rakan kongsi urusan KPMG, Datuk Johan Idris, dalam satu pertemuan di rumah Najib di Jalan Taman Duta pada jam 9.30 malam, 15 Disember 2013, bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan mengapa KPMG masih menimbulkan syak terhadap ‘underlying assets’ (aset asas) pelaburan berkenaan, lapor BH hari ini.

Johan selaku saksi pendakwaan ke-14 turut dilaporkan menyebut bahawa Najib menyatakan bahawa beliau sedia maklum mengenai pelaburan 1MDB di Brazen Sky.

“Di mana mengikut peraturan FRS juga termaktub di dalam Akta Syarikat, 1965 dan saya memaklumkan sekiranya pihak KPMG tidak dapat melengkapkan proses pengauditan pelaburan 1MDB maka, kami akan mengeluarkan laporan bertegur ‘Disclaimer of opinion’ terhadap akaun 1MDB.

“Najib menyuarakan kerisauan terhadap kelambatan penyediaan akaun dan beliau ingin mengetahui status audit 1MDB… beliau juga bertanyakan mengapa KPMG tidak boleh menerima pengesahan yang dibuat oleh BSI Bank mengenai dana 1MDB bernilai AS$2.3 bilion.

“Saya menyatakan bahawa BSI Bank tidak memberikan butiran lengkap kepada KPMG untuk menyelesaikan mengaudit aset asas… tanpa maklumat itu, KPMG tidak boleh menjalankan prosedur audit untuk mengesahkan bahawa penilaian berkenaan adalah betul,” lapor portal itu lagi.

Johan juga memaklumkan oleh kerana standard perakaunan mempunyai kuasa undang-undang, ketidakpatuhan kepadanya menunjukkan bahawa 1MDB juga tidak patuh kepada undang-undang.

Malah menurut Johan, ketika itu beliau yang banyak menjelaskan kepada Najib mengenai keperluan KPMG untuk menandatangani akaun berkenaan.

Jelasnya lagi Najib turut bertanyakan kepada beliau bagaimana cara untuk membolehkan 1MDB mendapatkan maklumat itu.

Pengarah 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin kemudianya meminta KPMG untuk berlaku adil dan tidak meminta sesuatu yang tidak boleh 1MDB sediakan.

“Saya juga tidak faham mengapa pihak 1MDB enggan mendedahkan maklumat asas yang dikatakan adalah sulit. Tambahan juga tiada sebarang dokumen sokongan dikemukakan kepada saya pada ketika itu untuk menunjukkan maklumat itu adalah rahsia,” katanya.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, bahawa lembaga pengarah (BOD) 1MDB diperdaya apabila pengurusannya memberi bayangan bahawa wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam dana syarikat pada tahun 2014.

Berita berkaitan
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu· Politik
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
June 9, 2023· Isu semasa
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023· Politik
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok