Najib kaitkan skandal kapal tempur tak siap dengan projek zaman Dr M

August 11, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak mengesahkan surat penganugerahan (letter of award) projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata surat penganugerahan itu diberi pada 2011 untuk membenarkan BNS mula berunding dengan TLDM dan vendor bagi memajukan projek LCS.

“Namun, kontrak akhir untuk membina enam buah kapal LCS yang jauh lebih besar dan canggih berbanding Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) hanya ditanda tangan pada Julai 2014 di mana pembinaan fizikal kapal LCS hanya bermula pada Januari 2015,” katanya.

Untuk rekod, beliau ketika itu adalah Perdana Menteri dan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), manakala Menteri Pertahanan pula ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO.

Mengulas lanjut isu kapal tempur itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengaitkan tindakan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengkorporatkan Limbungan TLDM Lumut pada 1991.

Menurutnya limbungan itu dijual kepada syarikat swasta Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) pada 1995 untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.

Katanya pada 1998 kerajaan memberi kontrak pembinaan 27 buah NGPV dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.

“Fasa pertama melibatkan pembinaan enam kapal pertama dengan kos RM6 bilion. Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005.

“Maka kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) terpaksa bail-out projek ini dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.

“Syarikat itu dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd,” katanya.

Najib menjelaskan walaupun BNS terbeban dengan cabaran hutang dan masalah yang ditinggalkan PSC-Naval Dockyard, ianya berjaya menyelamatkan projek tersebut dan menyerahkan enam kapal NGPV antara tahun 2006 hingga 2010.

“Masa itu, TLDM dan kerajaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan pembinaan baki 21 buah kapal NGPV yang bernilai sekitar RM24 bilion dan memilih untuk menggantikan projek ini dengan projek LCS yang menjadi kontroversi besar hari ini,” katanya.

Isu kapal tempur itu menarik perhatian umum apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu mendedahkan beberapa kelemahan dan kelewatan projek itu, walaupun kerajaan telah membayar sehingga RM6 bilion daripada keseluruhan kos pembinaan sebanyak RM9 bilion.

PAC – badan dwipartisan di Parlimen – berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada BNS melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

“Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa kami, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022,” kata Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Berita berkaitan
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Najib keluar 46 cek RM10.3 juta pada 2011, pemimpin politik antara penerima: Saksi
September 12, 2022· Isu semasa
Najib sihat semasa dibenarkan keluar dari HKL, kata Dr Noor Hisham
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
5 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok