Najib gagal tunjuk keistimewaan semak keputusan Mahkamah Persekutuan

October 13, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keadaan luar biasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya berkaitan penyelewengan dana SRC International Sd. Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul menyatakan, bekas Perdana Menteri juga gagal mengemukakan sebarang justifikasi bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan menggunakan budi bicara menyemak keputusan panel terdahulu pada 23 Ogos lalu yang menolak rayuan akhirnya.

Katanya pendapat Najib selaku pemohon bahawa keputusan terdahulu wajar disemak, adalah salah dan tanpa merit serta satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau menyatakan, pasukan pembelaan baharu yang mewakili Najib diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak mempunyai alasan yang sah untuk memohon penangguhan selepas menerima ‘brief’ bersama tarikh pendengaran yang ditetapkan bermula 15 Ogos lalu, menurut Utusan hari ini.

Menurutnya peguam itu tidak boleh menarik diri sesuka hati kerana beliau kekal mewakili Najib selepas tarikh pendengaran ditetapkan, namum Hisyam Teh enggan berhujah dalam rayuan utama sehingga 23 Ogos lalu.

“Tiada pratimbangan (prejudgement) dalam rayuan utama kerana penghakiman muktamad diberikan pukul 4pm, 23 Ogos 2022,” ujar afidaviti itu.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah tidak melaksanakan budi bicara di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 serta menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Najib.

Mohd Ashrof menyatakan demikian ketika menjawab afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Najib pada 6 September lalu.

Dalam afidavit jawapannya, Mohd Ashrof menyatakan, kes ini tidak menunjukkan keadaan yang istimewa yang mewajarkan semakan dilakukan kecuali bidang kuasa itu disalahgunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan.

Katanya lagi, permohonan semakan wajar ditolak kerana bidang kuasa sedia tidak seharusnya disalahguna kerana ia akan menyebabkan proses litigasi yang berlarutan tanpa penghujung.

Pada 6 September lalu, bekas Perdana Menteri memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan manakala pengurusan kes kali pertama ditetapkan pada 21 Oktober ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok