Najib dihantar semula ke Penjara Kajang hari ini

September 23, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihantar semula ke Penjara Kajang hari ini (23 September 2022) selepas menjalani rawatan dan pemantauan kesihatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Cheras, Kuala Lumpur.

HRC dalam satu kenyataan berkata pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan Najib dihantar semula ke penjara.

Menurut HRC, sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Isnin lepas, Ahli Parlimen Pekan itu telah menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi.

“Hasil pemeriksaan terkini yang telah dilakukan terhadapnya oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatannya kini berada dalam keadaan yang baik.

“Dia juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri,” kata HRC, menurut Bernama.

Menurut HRC, pakar perunding yang berkaitan juga mengadakan sidang keluarga bersama Najib dan ahli keluarga terdekat, dengan mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan bekas Presiden UMNO itu.

“Bersesuaian dengan matlamat HRC, kami akan terus komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan bagi memastikan pesakit yang dirawat di sini dapat mencapai tahap potensi yang optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum,” menurut kenyataan itu.

Najib dihantar ke Penjara Kajang, 23 Ogos lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada 12 September lalu, Jabatan Penjara memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
20 jam lalu· Isu semasa
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
October 3, 2022· Politik
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
22 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
33 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok