Najib didakwa langgar SOP, Khairy sindir ‘Ya, malu apa bossku’

November 17, 2021 · Isu semasa

Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Datuk Seri Najib Razak sepanjang berkempen di Melaka dijawab secara sinis Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan berkata “Ya, malu apa bossku”.

Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti berkempen bekas Perdana Menteri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sentiasa dalam perhatian pihak berkuasa.

“Mengenai pematuhan SOP PRN di Melaka, perkara dibangkitkan sudah pasti Yang Berhormat Pekan (Najib) dalam perhatian saya setiap hari.

“Saya akan maklumkan pada pihak penguatkuasa,” katanya di Dewan Rakyat semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP (Jelutong) mendakwa ada melihat satu video yang memaparkan Najib didakwa menghadiri program kempen dengan menandatangani sebuah motosikal di Melaka.

Rayer juga meminta Khairy memberi perhatian berhubung isu itu dan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada Najib yang didakwa tidak mematuhi SOP PRN Melaka ditambah dengan kes Covid-19 di negeri itu dan Negeri Sembilan telah meningkat

“Kemasukan ke hospital juga meningkat,” kata Rayer.

Beliau turut menawarkan untuk menghantar video kempen Najib itu kepada Khairy bagi membantu siasatan ke atas Ahli Parlimen Pekan kerana melanggar SOP.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok