Najib dan anak kemuka rayuan lagi berhubung tuntutan LHDN

September 14, 2021 · Isu semasa

Selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan terhadap tuntutan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Khamis lalu, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin yang tidak berpuas hati mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut semalam di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan mengekalkan penghakiman ringkas terhadap Najib dan Nazifuddin dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Pasukan peguam mewakili bekas Perdana Menteri dan anaknya itu mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu ke mahkamah tertinggi melalui sistem e-filing dalam talian malam tadi.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan LHDN untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin, sekali gus membolehkan mahkamah memilih untuk memutuskan keputusan kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan kedua-duanya untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 6 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 sehingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) sehingga 4 Februari lalu iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat tarikh itu, jumlahnya menjadi RM1,738,804,204.16.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
12 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
12 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok