Najib cuba bentuk pendapat umum konflik kepentingan burukkan hakim

July 21, 2022 · Isu semasa

Usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan sabitan tuduhan dan hukuman berkaitan kes SRC International Bhd (SRC) dengan menuduh hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berat sebelah disifatkan sebagai tidak lebih daripada percubaan melucukan dan terdesak untuk membebaskan dirinya daripada dipersalahkan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata tiada sebarang bukti menunjukkan Nazlan terlibat dalam konflik kepentingan dengan mendengar kes SRC hanya kerana beliau sebelum ini bekerja di Maybank sebagai peguam bela dan setiausaha syarikatnya.

Sebaliknya, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu cuba mengelirukan dan menganggu perbicaraan SRC dengan menuduh Nazlan terbabit dalam isu konflik kepentingan.

Menurutnya Najib menggunakan strategik memburuk-burukkan Nazlan bagi membentuk pendapat umum menjelang rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos.

Mohd Ashrof berkata ini dilakukan untuk mengukuhkan teori konflik kepentingan Najib dan memburukkan Nazlan.

Sebenarnya kata beliau, tiada perkara baharu dalam permohonan Najib untuk membawa masuk bukti baharu dan membatalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang telah dikenakan ke atasnya oleh Nazlan selepas dia disabitkan bersalah menyalahgunakan dana RM42 juta milik SRC.

Dalam afidavit 23 muka surat sebagai jawapan kepada permohonan Najib, Mohd Ashrof menolak dakwaan Ahli Parlimen Pekan itu mengenai penglibatan Nazlan dalam penubuhan SRC.

Beliau berkata terdapat banyak bukti dan dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan untuk menunjukkan penubuhan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan dibuat oleh Maybank Investment Sdn Bhd, tempat Nazlan bekerja sebelum ini.

Dilaporkan Najib sebelum ini berhujah bahawa Nazlan tidak sepatutnya mengendalikan perbicaraan SRCnya kerana kedudukan hakim itu sebelum ini di dalam Maybankyang sekali gus mempunyai konflik kepentingan.

Najib juga menuduh Nazlan gagal mendedahkan jawatan dan peranan terdahulunya dalam Maybank sebelum menjadi hakim.

Bagaimanapun, Ashrof berkata pihak pembelaan Najib selama ini mengetahui tentang kedudukan Nazlan di Maybank semasa perbicaraan SRC kerana maklumat sedemikian berada dalam domain awam.

“Isu konflik kepentingan boleh dibangkitkan semasa perbicaraan tetapi Najib memilih untuk tidak melakukannya kerana ia tidak mempunyai kesahihan.

“Pemohon (Najib) dalam percubaan terdesak kini membangkitkan dakwaan tidak berasas ini terhadap hakim yang tidak boleh membela diri,” katanya.

Ashrof berkata hakim Nazlan mendapati Najib mempunyai kawalan penuh ke atas SRC adalah berdasarkan bukti yang kukuh termasuk dokumen yang ditunjukkan semasa perbicaraan.

“Apa yang perlu dibuktikan, dan sememangnya telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, ialah RM42 juta SRC telah hilang secara salah dan Najib telah secara salah memperoleh RM42 juta tersebut,” katanya.

Mengenai dakwaan Najib bahawa akaun bank peribadinya dimanipulasi oleh Low Taek Jho @ Jho Low, bekas Ketua Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan mendiang Datuk Azlin Alias, Ashrof berkata Najib sendiri telah bersetuju dan mengesahkan bahawa menjadi tanggungjawab ketiga-tiga mereka untuk memastikan terdapat dana yang mencukupi dalam akaun banknya pada setiap masa.

Pada 28 Julai 2020 Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Nazlan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah, yang dijalankan secara serentak.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah oleh Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Najib tidak mempunyai merit.

Najib kemudian mengemukakan rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar kesnya selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Berita berkaitan
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
15 jam lalu· Politik
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022· Isu semasa
Hakim dibawa melawat dua banglo mewah dalam kes rasuah Zahid
August 1, 2022· Isu semasa
1MDB serah writ saman AS$3.7 bilion kepada adik beradik Jho Low
July 28, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit, saham dibuka rendah
August 18, 2022 · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
1 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok