Najib bukan ‘pengarah bayangan’ SRC, kata peguam

April 28, 2021 · Isu semasa

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa hakim perbicaraan dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta terkhilaf dengan melabelkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pengarah bayangan’, lapor Bernama.

Peguam bekas perdana menteri itu berkata, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes berkenaan mengguna pakai konsep pengarah bayangan undang-undang sivil dan common law dari England untuk menyabitkan perayu (Najib) bersalah terhadap tuduhan itu.

“Yang Arif, Seksyen 402A Kanun Keseksaan bagi definasi pengarah adalah ‘suatu yang serupa dengan pengarah bayangan’ tetapi tidak sama seperti di England.

“Najib bukan orang dalam syarikat seperti yang disyaratkan di bawah Kanun Keseksaan untuk melakukan pecah amanah (CBT). Najib adalah orang luar. Pihak pendakwaan juga tidak membuktikan unsur-unsur tuduhan CBT untuk dipanggil membela diri,” katanya.

Peguam itu berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menyalahgunakan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee berkata, hakim yang mendengar kes berkenaan telah terkhilaf dari segi undang-undang dengan mengimport common law dari England untuk melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu dengan kesalahan tersebut.

“Perlu dibuktikan bahawa perayu mempunyai kawalan dan diberi kepercayaan dengan RM42 juta untuk didapati bersalah.

“Perayu berhujah bahawa hakim perbicaraan melakukan kesalahan besar dengan bergantung kepada common law dan tersalah dalam bahasa Seksyen 402A Kanun Keseksaan melangkaui makna biasa dari peruntukan itu,” katanya sambil menambah bahawa tindakan itu telah menimbulkan prasangka serius dan ketidakadilan terhadap Najib.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib setelah mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok