Najib buat laporan SPRM terhadap Leissner, cuba bersihkan nama

October 27, 2021 · Isu semasa

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner dalam cubaan untuk membersihkan namanya yang terpalit dengan pendakwaan kes rasuah.

Tujuan laporan SPRM itu dibuat bekas Perdana Menteri itu bagi memperoleh senarai pegawai yang didakwanya disogok Leissner berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan tersebut susulan Leissner mengaku bersalah di Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana merasuah pegawai 1MDB dan pegawai kerajaan Malaysia.

“Awal tahun ini, peguam saya telah memenangi kes di AS untuk mendapatkan senarai nama, yang didedahkan oleh Leissner dalam pengakuan bersalahnya.

“Bagaimanapun, kerajaan AS melalui Jabatan Kehakimannya telah mencabar keputusan Mahkamah AS dan menghalang nama daripada didedahkan.

“Pada masa yang sama, seorang peguam dari Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan senarai nama itu adalah ‘bukti ekskulpatori’ yang boleh membersihkan nama saya daripada terlibat dalam penipuan 1MDB,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga dibaca Najib sebaik selesai membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya awal hari ini.

Najib dalam kenyataannya juga berkata satu lagi percubaan pasukan peguamnya untuk mendapatkan senarai daripada mahkamah dan pendakwaan dalam kes 1MDB juga tidak berjaya.

“Saya hairan mengapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan bertindak seperti mereka tidak tahu (senarai) dan tidak mahu mengambil tindakan terhadap 1MDB dan pegawai kerajaan yang disogok oleh Tim Leissner, yang menyebabkan Goldman Sachs membayar RM16.4 bilion penalti dan pampasan kepada kerajaan Malaysia.

“Saya dinasihatkan dan memutuskan untuk membuat laporan kepada SPRM hari ini terhadap Tim Leissner, supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal atau membawanya ke Malaysia, atau meminta senarai nama daripada DOJ, supaya nama-nama itu boleh disiarkan kepada umum dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mereka,” katanya lagi.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Leissner, yang merupakan bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara dan pengarah urusan institusi kewangan itu mengaku bersalah pada 1 Nov 2018 atas pertuduhan jenayah dan diperintahkan untuk membayar wang sebanyak $43.7 juta.

Leissner mengaku bersalah kerana “bersubahat untuk mengubah wang dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pelbagai pegawai Malaysia dan Abu Dhabi serta memintas kawalan perakaunan dalaman Institusi Kewangan”.

Awal tahun ini, Najib diberikan sepina oleh mahkamah di Daerah Selatan New York, untuk bank itu dan Leissner menyerahkan kepadanya bahan yang dipertikainya sebagai penting untuk pembelaannya terhadap tuduhan jenayah berkaitan 1MDB di Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan AS telah memfailkan penangguhan perintah mahkamah AS kerana ia berusaha untuk campur tangan dalam kes Najib di sana.

Berita berkaitan
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
1 jam lalu· Isu semasa
Siasatan ke atas beberapa individu dalam skandal LCS sudah lengkap: SPRM
19 jam lalu· Isu semasa
Peguam Najib tak sihat, rayuan dapatkan dokumen bank AS dan Zeti ditangguh
22 jam lalu· Isu semasa
Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
59 minit lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
2 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
4 jam lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok