Najib boleh bayar denda RM210 juta bila-bila masa dari dalam penjara

August 24, 2022 · Isu semasa

Masih tidak jelas sama ada Datuk Seri Najib Razak telah membayar denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya dalam kes SRC International Sdn Bhd atau akan berbuat demikian kemudian.

Bagaimanapun beberapa pengamal undang-undang yang dirujuk, berpendapat bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar denda pada bila-bila masa sepanjang tempoh penjara 12 tahunnya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata berdasarkan prinsip undang-undang, Najib boleh membayar denda itu pada bila-bila masa, namun jika dia gagal berbuat demikian selepas hukuman penjaranya dijadualkan berakhir, maka tempoh pemenjaraan akan ditambah lima tahun seperti perintah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Lim Wei Jiet turut berkongsi pandangan sama dan berkata tiada had masa yang dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung tempoh pembayaran.

“Oleh itu, beliau boleh melunaskannya pada bila-bila masa sepanjang tempoh 12 tahun pemenjaraannya,” kata peguam itu menurut Bernama.

Peguam M Viswanathan pula berkata Najib boleh membuat bayaran secara ansuran atau mengeluarkan arahan untuk menjual hartanah seperti yang diperuntuk di bawah Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kebiasaannya, tempoh masa yang munasabah diberikan untuk membuat pembayaran,” katanya.

Semakan dengan pihak berkuasa pula mendapati adalah tidak jelas sama ada Najib sudah membayar denda itu atau sebaliknya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas beliau pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, beliau turut gagal mengetepikan sabitan dan hukuman itu di peringkat Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
Pelakon didenda RM30,000 selepas mengaku muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
October 3, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok