Najib bimbang laporan audit 1MDB jadi peluru politik: Arul Kanda

June 24, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bimbang laporan akhir ketua audit negara yang lengkap mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi kesan politik sehingga merugikan beliau.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu demikian kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, sebagai saksi pendakwaan dalam kes Najib dituduh meminda laporan audit itu.

Menurutnya inilah sebabnya Najib meminta beliau menghadiri mesyuarat pada 24 Februari 2016, apabila pindaan kepada laporan itu dibincangkan antara ketua juruaudit negara, Arul Kanda, dan pegawai kerajaan, walaupun dokumen itu sedia untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Jadi, saya menerima panggilan telefon daripada Datuk Seri Najib pada 23hb, sehari sebelumnya, dan dia meminta saya menghadiri mesyuarat itu atas kapasiti saya sebagai presiden 1MDB,” katanya.

Apabila Ketua Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada Najib telah menjelaskan mengapa Arul Kanda perlu menghadiri mesyuarat itu, beliau menjawab ya.

“Jadi, ada beberapa alasan yang dikemukakan oleh Datuk Seri, antara sebab utama adalah untuk mempertahankan kepentingan syarikat, beliau juga menyebut untuk memastikan Jabatan Audit berada dalam skop audit iaitu untuk mengesahkan akaun 1MDB.

“Dan dia juga menyebut bahawa dia mempunyai beberapa kebimbangan bahawa kandungan laporan itu boleh diputar belit dari perspektif politik,” tambah Arul Kanda.

Ditanya sama ada beliau terpengaruh dengan apa yang diberitahu Najib kepadanya ketika menghadiri mesyuarat 24 Februari, Arul Kand berkata:

“Saya tahu apa yang beliau katakan, memastikan kepentingan syarikat dilindungi, memastikan skop audit adalah relevan kepada terma rujukan Jabatan Audit Negara dan ya, saya juga terfikir kebimbangan bahawa penemuan dalam laporan itu boleh diputar belit secara politik.”

Sri Ram: Berputar hingga merugikan siapa?

Arul Kanda: Pemahaman saya ia akan merugikan Datuk Seri.

Sri Ram: Datuk Seri yang mana?

Arul Kanda: Datuk Seri Najib.

Arul Kanda memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-15,

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu· Isu semasa
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu· Politik
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok