Najib beritahu AS$100 juta akan masuk akaun, kata saksi

October 4, 2022 · Isu semasa

Bekas pegawai kanan Ambank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kepadanya wang berjumlah AS$100 juta akan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang berkata dalam pertemuan dengan Najib di kediaman Perdana Menteri di Bukit Tunku, beliau tidak bertanya tujuan wang itu dimasukkan, namun Ahli Parlimen Pekan itu sendiri memberitahu ia sumbangan kerajaan Arab Saudi untuk aktiviti umat Islam.

“Ini didengar sendiri oleh saya dan dimaklumkan secara lisan oleh Datuk Seri Najib. Selang lima minit kemudian, saya terus pulang kerana Datuk Seri Najib agak sibuk dan kami tidak berbual apa-apa selain menyatakan perkara berhubung akaun dan transaksi yang akan berlaku.

“Ketika itu, hanya kami berdua sahaja yang berbincang yang mana saya memaklumkan membawa bersama buku cek bagi akaun nombor 211-202-200969-4 yang siap untuk digunakan berserta surat akuan penerimaan, buku simpanan dan borang permohonan kad kredit.

“Seingat saya borang permohonan kad kredit ini adalah juga borang pembukaan akaun Datuk Seri, dan beliau mengambil dokumen itu serta menandatangani di ruangan yang beliau perlu isi,” katanya menurut BH.

Saksi itu kemudian merujuk kepada surat rasmi yang diterima daripada Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu selepas pertemuan terbabit dan mengesahkan bahawa berdasarkan surat bertarikh 1 Februari 2011 itu, pihak Arab Saudi akan memasukkan sebanyak AS$100 juta ke dalam akaun Najib.

“Joanna juga mengesahkan bahawa wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun 211-202-200969-4. Saya mengesahkan dalam pertemuan awal dengan Datuk Seri Najib, memang beliau ada menyatakan bahawa akan ada kemasukan wang sumbangan daripada Arab Saudi ke dalam akaunnya.

“Saya tidak tahu daripada mana Joanna memperoleh surat ini dan saya tidak bertanya lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Terdahulu, saksi itu berkata, selepas perjumpaan dengan Joanna bagi membincangkan mengenai pembukaan akaun Najib dan kemasukan wang itu, beliau berjumpa Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan memaklumkan kehendak Najib yang ingin membuka akaun semasa di Ambank.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu mereka berdua berbincang di Pejabat Azman di Tingkat 26, Menara Ambank.

“Tan Sri Azman menolak untuk berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan mengarahkan saya sendiri untuk berjumpa dengannya. Saya tiada pilihan dan ini adalah arahan, maka saya bersetuju untuk berjumpa perdana menteri,” katanya.

Saksi itu berkata, hasrat Najib untuk membuka akaun semasa di Ambank diberitahu kepadanya oleh Joanna pada awal Januari 2011.

Sementara itu, peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed hari ini menunjukkan surat berkenaan di mahkamah, di mana seorang individu yang menggambarkan dirinya sebagai “HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud” dalam surat 1 Jun 2014 memaklumkan Najib tentang hadiah yang dirancang.

Wan Aizuddin membacakan sebahagian surat ini di mahkamah:

“Memandangkan persahabatan yang telah kita jalin selama ini dan idea-idea baharu anda sebagai pemimpin Islam moden, sebagai tambahan kepada komitmen saya sebelum ini, saya dengan ini memberikan anda sejumlah wang tambahan sehingga Great Britain Pounds Fifty Million (GBP 50,000,000.00) sahaja dan atau setara dalam mata wang lain (“Hadiah”) yang akan dihantar kepada anda dan/atau melalui wang tunai dan/atau draf bank kepada anda pada masa dan dengan cara seperti yang saya fikirkan sesuai sama ada terus dari akaun bank peribadi saya atau melalui akaun bank syarikat saya yang diarahkan dan/atau individu.”

Apabila Wan Aizuddin menunjukkan surat keempat ini di mahkamah, saksi pendakwaan ke-37 R Uma Devi mengesahkan bahawa ia kelihatan sama seperti tiga surat terdahulu daripada putera Arab Saudi yang dikatakan itu.

“Nampak sama, bunyinya sama juga,” kata Uma Devi, yang juga pengurus cawangan AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.

Sebelum ini, Wan Aizuddin telah menunjukkan tiga surat kononnya daripada individu Arab Saudi kepada Najib, iaitu surat 1 Februari 2011 menjanjikan hadiah AS$100 juta; surat bertarikh 1 November 2011 menjanjikan hadiah AS$375 juta, dan surat bertarikh 1 Mac 2013 menjanjikan hadiah AS$800 juta. Ini akan mencecah sejumlah AS$1.275 bilion dalam janji wang yang dikatakan akan diberikan kepada Najib sebagai hadiah.

Empat surat yang dikeluarkan oleh Wan Aizuddin di mahkamah didakwa daripada kerabat diraja Arab Saudi yang dikatakan mempunyai kandungan yang hampir sama kecuali butiran tertentu termasuk jumlah dan sebutan akaun bank tertentu dalam surat kedua dan ketiga, dengan surat pertama ditandatangani oleh “Saud Abdulaziz AL-Saud”, surat kedua dan surat keempat ditandatangani oleh “HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud”, manakala surat ketiga ditandatangani oleh “Saud Abdulaziz Al Saud”.

Bekas Presiden itu dibicrakan berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
December 1, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok