Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah

November 15, 2022 · Isu semasa

BEKAS perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya membelanjakan AS$259,724 (RM1.2 juta) di sebuah hotel kepunyaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Washington pada September 2017.

Laporan AFP menyebut menurut laporan Jawatankuasa Kongres AS, Najib menginap di bilik mewah ‘presidential suite’ di Trump International Hotel berharga AS$10,000 untuk satu malam dan membelanjakan AS$44,562 selama tiga hari.

Malah rombongan itu turut membelanjakan AS$1,500 untuk bayaran jurulatih peribadi.

Laporan itu menyebut rombongan kerajaan dari enam negara termasuk Malaysia itu membelanjakan lebih AS$750,000 (RM3.4 juta) di hotel tersebut dalam usaha untuk mempengaruhi pentadbiran Trump ketika itu pada 2017 dan 2018.

Lima negara terbabit ialah China, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Perincian perbelanjaan itu diperoleh melalui laporan bekas firma perakaunan Trump, Mazars USA.

Carolyn Maloney, wakil Demokrat di New York yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata dokumen tersebut mendedahkan pegawai-pegawai kerajaan terbabit ‘cuba mempengaruhi dasar luar Amerika’ sepanjang penginapan mereka di hotel Trump.

Laporan itu juga mendedahkan pegawai kerajaan Arab Saudi dan UAE turut membelanjakan ratusan ribu dolar di Trump International Hotel pada 2017 dan 2018.

Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, anak lelaki Trump, Eric berkata keuntungan diperolehi daripada penginapan rombongan kerajaan negara terbabit dikembalikan kepada kerajaan persekutuan melalui bayaran tahunan kepada Jabatan Perbendaharaan AS.

Berita berkaitan
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Muhyiddin bidas satu lagi pembohongan dibuat PMX dalam isu belanja publisiti
November 9, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok