Najib batal saman terhadap kerajaan, bekas AG defendan tunggal

September 9, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjara kerana kesalahan berkaitan SRC International, menarik balik saman pendakwaan salah terhadap kerajaan Persekutuan, tetapi tidak buat bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas sebagai defendan tunggal.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib, pada pendengaran permohonan Thomas untuk membatalkan saman terbabit di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache.

“(Tuntutan terhadap) defendan kedua telah dihentikan,” kata Firoz dipetik sebagai berkata.

Tuntutan saman sama yang difailkan Najib terhadap Tommy yang didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mendakwanya secara salah melalui pertuduhan jenayah, masih kekal.

Ketika ditanya oleh Ahmad mengenai kesan penarikan balik saman berkenaan terhadap kerajaan, peguam, Alan Gomez yang mewakili Thomas, berkata walaupun kerajaan bukan lagi pihak kepada saman itu, ia masih disifatkan bertanggungjawab secara vikarius (bertanggungjawab secara wakil).

Memetik BH beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada plaintif untuk menarik balik tuntutan samannya terhadap mana-mana pihak.

Najib memfailkan saman itu pada 22 Oktober tahun lalu bagi menuntut ganti rugi RM1.9 juta, kerana mendakwa Thomas serta kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan mengemukakan pertuduhan terhadapnya dalam beberapa kes, termasuk penyelewengan dana 1MDB.

Najib mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang sudah dirancang lebih awal oleh Thomas selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa pada 2015, Thomas berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kesalahan serta salah urus yang didakwa dilakukan pada dana 1MDB, dan menasihati Dr Mahathir supaya mengambil tindakan sivil serta jenayah terhadapnya (Najib) berhubung pembabitan dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Najib dengan itu menuntut perisytiharan bahawa Thomas melakukan salah laku dalam jawatan awam, dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta, termasuk bayaran rundingan untuk pasukan audit melakukan semakan dokumentasi bagi penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya.

Pendengaran permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib itu bersambung petang ini.

Berita berkaitan
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022· Politik
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022· Politik
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU-15, fokus banjir: Muhyiddin
September 24, 2022· Politik
Hakim baharu akan dengar saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok