Najib, Arul bebas tuduhan ganggu laporan audit 1MDB

March 3, 2023 · Isu semasa

Setelah hampir tiga tahun melalui perbicaraan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini (Jumaat, 3 Mac 2023) dibebaskan daripada pertuduhan menghapuskan maklumat utama dalam Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie untuk Najib menjawab.

Ini bermakna bekas Menteri Kewangan itu tidak lagi perlu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009.

Dalam perbicaraan ini, Najib dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan antara 22 Februari dan 26 Februari 2016, dengan didakwa mengarahkan pindaan kepada laporan audit 1MDB – yang sudah siap untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Najib dituduh melakukan demikian untuk melindungi dirinya dari tindakan sivil atau jenayah atas peranannya dalam mengendalikan operasi 1MDB.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, yang juga dibicarakan kerana dituduh bersubahat dengan Najib, bagaimanapun turut memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke -15.

Mahkamah membebaskan Arul Kanda daripada tuduhan bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu selepas memberikannya sijil indemniti (pengecualian liabiliti undang-undang) kerana keterangan yang diberikan beliau berikan selaku saksi pendakwaan pada Ogos tahun lalu adalah benar dan menyeluruh.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta setelah disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Dia sekarang masih cuba mencabar sabitan dan hukumannya.

Berita berkaitan
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
54 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
21 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok