Najib arah keluar surat sokongan pinjaman RM1b kepada 1MDB: Saksi

September 5, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Surat Sokongan (LOS) dikeluarkan kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pinjaman RM1 bilion tanpa melalui proses penilaian.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa memberitahu demikian dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang menghadapi kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengesahkan sabitan dan hukuman terhadap tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Zauyah, 63, ketika diperiksa semula oleh peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohamed, bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada pengeluaran surat sokongan itu dibentangkan di Parlimen atau tidak.

Memetik BH, beliau berkata kebiasaannya Kementerian Kewangan akan membuat penilaian ke atas syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) dan ia mesti melalui proses sepatutnya iaitu dibentangkan di Kabinet sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Wan Aizuddin berkata, saksi ke-26 pendakwaan itu dalam penyatanya menyatakan MKD tiada maklumat untuk membuat penilaian ke atas 1MDB tetapi LOS diproses mengikut arahan Najib yang ketika itu adalah juga Menteri Kewangan.

Disoal peguam bagaimana kedua-dua arahan itu diberikan, Siti Zauyah bagaimanapun menjawab, ‘tidak ingat’.

Wan Aizuddin kemudian mempersoalkan asas keterangan Siti Zauyah kerana menurut peguam itu, sudah pasti ia dibuat bersandarkan kepada dokumen mengenai arahan untuk tidak melakukan penilaian ke atas syarikat terbabit.

Selepas saksi terdiam seketika, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar kemudian bangun dan menjelaskan, penyata saksi Siti Zauyah hanya menyatakan Najib mengarahkan LOS dikeluarkan dan bukannya arahan untuk tidak melakukan penilaian ke atas 1MDB.

Katanya, Menteri Kewangan boleh mengarahkan LOS dikeluarkan tetapi ia mesti melalui proses yang perlu dibentang di Kabinet sebelum diluluskan.

Dalam penyata saksinya sebelum ini, Siti Zauyah berkata, mengikut prosedur, LOS tidak akan diberikan kepada syarikat MKD yang tidak menjana sebarang pendapatan dan biasanya Kementerian Kewangan akan membuat penilaian sama ada sesebuah syarikat MKD perlu diberikan sokongan dalam bentuk LOS atau tidak.

Menurut saksi itu, dalam kes berhubung pinjaman RM1 bilion ini, MKD tiada sebarang maklumat untuk melaksanakan penilaian tetapi LOS diproses hanya berdasarkan arahan Najib selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu.

Katanya, ia adalah satu situasi yang unik kerana 1MDB antara syarikat milik kerajaan yang tidak melalui proses penilaian.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
14 minit lalu· Politik
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu· Isu semasa
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
5 jam lalu· Politik
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok