Najib ada kuasa mutlak ke atas SRC International: Sithambaram

April 14, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa mutlak ke atas SRC International Sdn Bhd, termasuk pelantikan dan pemecatan pengarah, kerana perlembagaan syarikat membenarkannya, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram berhujah bahawa peruntukan dalam Memorandum dan Artikel SRC menyatakan tiada sesiapapun boleh dilantik sebagai pengarah tanpa restu perdana menteri ketika itu.

Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram: Kami mengatakan bahawa Najib mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat bagi pihak SRC.

Abdul Karim: Bukan ahli lembaga pengarah? Sithambaram menjawab ‘tidak’.

Sithambaram juga berkata, Najib berkuasa mengawal syarikat dalam kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC ketika itu.

“Lembaga itu bertindak atas arahan Najib melalui Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang merupakan ‘pelindung’ di belakang perayu (Najib),” tambah beliau.

Sithambaram menjelaskan bekas Pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail dan Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin telah memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kuasa yang digunakan oleh Najib.

Beliau berkata pembabitan Najib dalam SRC seawal tahun 2011 apabila syarikat itu diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad.

Sithambaram berkata perlembagaan syarikat itu menyatakan bahawa Najib mesti dirujuk jika keputusan penting tertentu dibuat.

Tambah beliau, pada mulanya syarikat itu menjadi anak syarikat 1MDB dan kemudian diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
15 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
15 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok