Najib ada dua kad kredit AmBank, had gabungan RM3 juta: Saksi

September 6, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi pendakwaan hari ini (6 September 2022) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua kad kredit dengan had gabungan RM3 juta daripada AmBank selama bertahun-tahun sehingga 2015.

Had kredit sedemikian merupakan antara yang tertinggi pernah diberikan oleh AmBank, kata bekas Naib Presiden Kanan Jabatan Pengurusan Penipuan Perbankan Runcit Ambank, Yeoh Eng Leong.

Yeoh berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-36, Yeoh mengesahkan bahawa Najib telah memegang kad kredit Visa Platinum dan kad kredit Mastercard Platinum dengan had kredit gabungan RM3 juta dan berkata “Saya percaya ini adalah salah satu had tertinggi di Ambank”.

Yeoh juga berkata terdapat penyata untuk kedua-dua kad kredit itu dari Mac 2011 hingga April 2015, dan kedua-dua kad telah dibatalkan pada 11 Mac 2015.

Berdasarkan penyata kad kredit, Yeoh mengira perbelanjaan yang direkodkan ke atas dua kad kredit milik Najib ini ialah RM103,948.63.

Berdasarkan penyata Ogos 2011, transaksi 21 Julai 2011 telah direkodkan menggunakan Mastercard untuk The Westin Excelsior R Roma pada euro 22,461.62 atau RM98,013.63.

Berdasarkan penyata September 2011, kad Visa telah digunakan pada 21 Ogos 2011 untuk tiga transaksi di KLCC (RM4,145 di Aigner, RM910 di Hugo Boss dan RM880 juga di Hugo Boss), manakala terdapat bayaran balik tanpa cukai daripada United Kingdom sebanyak RM2,190.68 pada 30 Ogos 2011.

Yeoh juga menyatakan bahawa pemegang dua kad kredit itu – Najib – tidak mempertikaikan mana-mana perbelanjaan yang dicatatkan pada kad kredit tersebut.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
24 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok