Nahas jet Hawk, TUDM tubuh jawatankuasa siasat punca

November 17, 2021 · Isu semasa

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat nahas pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM malam tadi.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata siasatan akan dilakukan dalam pelbagai aspek termasuk operasi dan latihan, lapor Bernama.

Bagaimanapun beliau berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan menggantung penggunaan pesawat jenis berkenaan semasa siasatan.

Ikmal Hisham berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 15,000 kotak makanan daripada badan bukan kerajaan Bantu-Bantu Malaysia di Pangkalan Udara Subang, dekat sini.

Nahas pesawat pejuang Hawk 108 pada kira-kira pukul 10.07 malam tadi mengakibatkan juruterbang TUDM Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut, manakala Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

Mohd Fareez sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Kekosongan DUN Pelangai akan dimaklumkan pada SPR: Speaker
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
23 jam lalu · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
24 jam lalu · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok