NADMA siap sedia tangani banjir

October 14, 2022 · Isu semasa

Agensi dan jabatan kerajaan memberi jaminan mereka bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang berkaitan dengan Monsun Timur Laut yang diramal bermula November ini hingga Mac tahun depan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 26 latihan dan simulasi telah dijalankan melibatkan unit penglibatan bencana di semua peringkat bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan sekiranya berlaku kecemasan.

“Latihan sedemikian adalah penting kerana ia meningkatkan persefahaman dan sinergi antara agensi yang terlibat dalam usaha pengurusan bencana. Pada masa sama, kementerian, agensi dan jabatan kerajaan juga telah menjalankan sesi latihan dalaman mereka,” katanya NADMA.

Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) juga telah dijalankan di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung bencana dan peranan yang boleh dimainkan sebagai responden pertama di tempat bencana.

Sejak Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 155 program CBDRM telah dijalankan oleh NADMA bersama pelbagai kementerian dan agensi. Ini menyaksikan penglibatan seramai 12,534 peserta terdiri daripada ketua masyarakat, masyarakat luar bandar dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

Kira-kira 62,500 kit makanan dan 127,272 unit khemah juga telah disediakan dan diagihkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), iaitu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok