Mysejahtera sekat API pihak tak bertanggungjawab hantar OTP pada pengguna

October 20, 2021 · Isu semasa

Pasukan Mysejahtera telah menyekat titik akhir Application Programming Interface (API) pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi ciri pendaftaran QR untuk premis perniagaan di aplikasi berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Mysejahtera memaklumkan mereka telah menerima aduan melalui helpdesk dan saluran media sosial mengenai nombor One-Time Password (OTP) yang dihantar kepada pengguna pada malam Isnin lalu.

Menurut Mysejahtera, siasatan mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahguna ciri berkenaan melalui penggunaan ‘malicious script’ dan menyebabkan aplikasi itu menghantar nombor OTP terhadap telefon pengguna.

“Susulan itu, pihak kami telah menyekat titik akhir Application Programming Interface (API), serta melakukan langkah tambahan untuk menambahbaik sekuriti.

“Kami ingin meyakinkan pengguna bahawa tiada data peribadi yang boleh diakses melalui penggunaan skrip tersebut, tetapi beberapa nombor telefon telah digunakan secara rawak untuk penghantaran OTP berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Susulan itu, Mysejahtera memohon maaf kepada semua pengguna aplikasi yang terlibat, dan akan terus melakukan siasatan, di samping memberi perincian dalam masa terdekat.

Pada Isnin lalu, beberapa pengguna aplikasi membuat aduan mengatakan menerima SMS dari 68088, kod pendek dari MySejahtera, antara pukul 12 tengah malam Ahad, hingga awal pagi Isnin yang meminta pengguna mengesahkan akaun mereka melalui OTP.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Heitech Padu dapat kontrak RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan
September 10, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok