Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu

June 29, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan beliau menyeleweng peruntukan Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.

Serentak itu, beliau juga menafikan bahawa penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan mengelak siasatan oleh pihak berkuasa, sebagaimana didakwa oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika perbicaraan kesnya semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata semua dana parti diuruskan mengikut garis panduan termasuk dana untuk pilihan raya.

Malah, beliau berkata, dana itu diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan.

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan saya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu, menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum PRU-14.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Zahid bahawa saya telah menyeleweng peruntukan yang disalurkan kepada UMNO Kelantan, ” katanya dalam kenyataan petang ini.

Mustapa berkata selepas PRU-14, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali, iaitu pada akhir tahun 2018 dan pada awal tahun 2019.

Katanya beliau dipanggil memberi keterangan mengenai perkaraperkara berikut:

i) Sebagai bekas Ahli Jemaah Menteri, saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline; dan

ii) Sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, saya telah memberi keterangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didakwa diperolehi daripada sumber 1MDB.

Mustapa berkata kenyataan Zahid pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini, namun SPRM telah menafikan perkara itu pada 20 September 2018 manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu telah memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019.

“Tuduhan-tuduhan seumpama ini berniat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai Ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen.

“Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu dan tidak pernah menyeleweng dana Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bagi PRU-14.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pasaran hartanah dijangka lebih baik tahun ini: MIEA
April 3, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok