Murid boleh diberi kelonggaran tidak pakai seragam: Radzi

November 2, 2021 · Isu semasa

Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai memakai pakaian kemas dan sopan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap.

“Apabila sekolah mula dibuka mengikut ketetapan fasa di beberapa buah negeri seperti di Klang, Melaka, kita menerima aduan daripada ibu bapa yang menyatakan ada sekolah meminta supaya anak-anak memakai uniform sekolah walaupun ada uniform ketat, kasut dah ketat.

“Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pihak kementerian sebelum ini telah nyatakan bahawa untuk tempoh sehingga akhir persekolahan tahun ini, kita benarkan murid-murid memakai pakaian yang bersesuaian serta sopan dan kemas, itu paling penting,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu meninjau persiapan pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan Semaseh, Panchor.

Beliau berkata pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran pelajar berikutan kekangan yang dihadapi ibu bapa susulan pembukaan sekolah di waktu pandemik COVID-19 terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua sekolah di negeri yang akan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara harus memberi perhatian khusus terhadap aspek pengudaraan termasuk di dalam bilik guru.

“Pengudaraan itu perlu diberi perhatian khusus. Awal dulu ramai agak keliru tetapi akhir ini hampir semua pihak dapat memahami bahawa kepentingan untuk kita pastikan pengudaraan di sekolah berlaku pada tahap paling optimum.

“Bilik darjah nampak dah selesai cuma di bilik guru, kadang-kadang bilik guru yang menggunakan penghawa dingin sebagai contoh sebaiknya diusahakan supaya ada pengudaraan… dibuka tingkap bagi membolehkan keadaan yang lebih selamat bagi guru-guru,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru, Radzi berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah selesai melengkapkan pemilihan guru bagi fasa 1.

Radzi berkata, kriteria pemilihan awal itu adalah berlandaskan calon yang bakal mengajar subjek-subjek penting di sekolah serta mereka yang mempunyai latar belakang dalam pengajian pendidikan.

“Fasa 1 telah dipilih dan kita tidak ikut berapa ramai, kita berpandukan pada susunan subjek. Subjek mana pergi dulu serta keutamaan kepada graduan pendidikan.

“Setelah keutamaan ini tercapai, baru kita lihat graduan yang tidak ada latar belakang pendidik, kerana itu kita buat secara berperingkat. Ada fasa yang hanya memerlukan ratusan tenaga pengajar namun ada fasa perlukan beribu, justeru kita perlu lihat keperluan subjek dalam fasa tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok