Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM

November 10, 2022 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia (PJPM), membuat laporan terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini (Khamis, 10 November 2022).

Presiden PJPM Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz menggesa suruhanjaya itu menyiasat perisytiharan aset Rafizi berhubung syarikat analisis datanya, Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke).

“Beliau tiba-tiba keluar untuk mengisytiharkan asetnya berjumlah hampir RM19 juta, yang mengejutkan kami, dan kami ingin tahu dari mana sumber dana RM16 juta untuk Invoke,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat SPRM selepas membuat laporan itu.

Menurutnya Invoke telah mengisytiharkan kerugian berjumlah jutaan ringgit, tetapi jumlah keuntungan mereka hanya mencecah ratusan ribu ringgit dan ianya tidak masuk akal.

“Bagi saya, dia (Rafizi) sentiasa menentang rasuah. Jadi, sekarang dia perlu mengisytiharkan sumber (asetnya),” katanya menurut Vibes.

Imran berkata sumber penemuannya mengenai Rafizi datang daripada Twitter pendedah maklumat dalam talian, Edisi Siasat, selain pegawai bekas Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak yang memuat naik video di dalam TikTok.

“Saya mahu SPRM menyiasat jika benar Rafizi terlibat dalam pengubahan wang haram. Jika ya, beliau tidak layak bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan,” katanya.

Imran juga yakin SPRM boleh menyelesaikan siasatan mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari, atau sekurang-kurangnya sebelum hari pengundian.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR itu mengisytiharkan aset bersihnya RM18.85 juta dan hutang RM820,274 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perisytiharannya, menunjukkan bahawa sebahagian besar asetnya adalah pelaburan bernilai RM16,737,408, kebanyakannya adalah dalam bentuk saham syarikat Invoke, syarikat yang melakukan kerja analisis data, termasuk untuk PKR.

Sebelum ini, Rafizi gagal menjawab persoalan dibangkitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Abdul Latif Ahmad berkaitan kekayaan berjumlah RM18.85 juta dikumpulnya sejak menceburi politik dan menubuhkan sebuah syarikat tidak berasaskan keuntungan.

Ia susulan tindakan Abdul Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mempersoalkan Invoke yang tidak berasaskan keuntungan, tetapi Rafizi sendiri mengumpul kekayaan sehingga RM16.7 juta, daripada syarikat itu.

Selain itu, seorang bakas pemimpin PKR Datuk Mohd Rashid Hasnon juga bertanya kepada Rafizi:

“Invoke ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk kepentingan awam. Invoke telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui beberapa cara kutipan dana.

“Adakah Rafizi bersetuju Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui beberapa cara kutipan dana walaupun beliau telah memasukkan wang beliau sendiri?

“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil.”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok