Mukhriz sedih bapanya tak dilantik Pengerusi MPN

September 15, 2021 · Isu semasa

Rasa sedih tidak dapat disembunyikan Ahli Parlimen (MP) Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila bapanya tidak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), namun beliau tidak berkecil hati.

Mukhriz mendakwa sepatutnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik Pengerusi MPN tetapi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai MPN.

“Kemudian Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berjumpa dengan Tun Dr Mahathir membincangkan mengenai MPN ini dan sejurus kemudian membuat pengumuman kerajaan hendak menubuhkan MPN, tetapi melantik Muhyiddin menjadi Pengerusinya.

“Jadi, perkara ini terbawa-bawa sampai kepada kerajaan baharu yang sekarang ini dipimpin oleh Ismail Sabri dan kita dikejutkan sekali lagi apabila diumumkan pula bahawa Muhyiddin terus menjadi pengerusi kepada MPN bertaraf menteri,” katanya.

Mukhriz bagaimanapun enggan mempertikaikan berhubung pelantikan tersebut asalkan ia dapat membantu rakyat dalam mendepani cabaran Covid-19.

Kerajaan pada 4 September lalu mengumumkan Muhyddin dilantik sebagai Pengerusi MPN dengan status Menteri.

MPN diperkenalkan ketika Muhyiddin menjadi PM sebelum dijatuhkan oleh sekumpulan MP UMNO yang berkomplot dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia termasuk tindakan menghantar surat menyokong Anwar sebagai calon PM oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, turut didedahkan komplot antara Anwar dan Zahid menerusi pendedahan klip audio tular pada April lalu.

MPN memperkenalkan empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepuhnya dengan mengambil kira jumlah kes harian Covid-19, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi.

Lantikan Muhyiddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati Anwar dan blok pembangkang selepas gagal menjadi PM kerana tidak memiliki majoriti yang diperlukan.

Sebaliknya, Ismail Sabri mendapat majoriti sebanyak 114 untuk dilantik sebagai PM Kesembilan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok