Mukhriz dakwa Ahmad Bashah yang lulus ladang Musang King di Baling

July 12, 2022 · Isu semasa

Selepas penafian Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kelulusan ladang Musang King di Baling, kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunding jari pula kepada seorang lagi bekas MB, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mukhriz yang juga MB sebelum Sanusi mendakwa pentadbiran UMNO-Barisan Nasional (BN) dibawah Ahmad Bashah membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.

“Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.

“Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggung jawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK.

“Ketika pentadbiran Ahmad Bashah, ECK dibenarkan menanam durian,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Menurut Mukhriz, untuk rekod syarikat ECK yang menaja pasukan bolasepak Kedah (KFA) ketika itu, kemudian dianugerah projek mega lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) oleh Sanusi.

Katanya, Sanusi bagaimanapun, membatalkan anugerah itu kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega berkenaan.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai MB pada tahun 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus sahaja.

Malah beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesis pokok hutan yang lain.

“Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula, walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

“Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013,” katanya.

Semalam, Sanusi menyanggah tuduhan Mukhriz yang cuba mengaitkan projek Ladang Rakyat yang dimulakan oleh pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini dalam isu banjir kepala air di Baling baru-baru ini.

“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak di antara 2018 dan 2019,” katanya semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, semasa zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

Beliau berkata, tender balak berlaku di antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.

“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan Ladang Rakyat dan tanam Musang King.

“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.

“Kawasan Ladang Hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya lagi.

Minggu lalu, tiga nyawa terkorban manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir lumpur melanda di Kampung Iboi, Baling.

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 80 rumah terjejas.

Berita berkaitan
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
1 jam lalu· Politik
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
9 jam lalu· Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
15 jam lalu· Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok