Mujahid dakwa ada bukti skandal OPV masa Azeez jaga Tabung Haji

September 9, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal kapal peronda luar pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim supaya membuat kenyataan berlandaskan fakta, bukan menuduhnya memfitnah.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah Pengerusi Tabung Haji mulai Julai 2013 hingga kejatuhan kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018.

Pada 3 September lalu, Tabung Haji berkata kepentingan agensi itu dalam TH Heavy Engineering Bhd (THHE) telah diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), pada 2018.

THHE dilaporkan bertanggungjawab untuk pembekalan, penghantaran, ujian dan pentauliahan OPV kerana ia telah dianugerahkan kontrak bernilai RM739.9 juta untuk projek itu pada 2017, sedangkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal.

Mujahid juga sebelum ini mendakwa bahawa sebuah syarikat di mana THHE mempunyai usaha sama bagi memenuhi keperluan kontrak – Destini Sdn Bhd – dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Destini telah meninggalkan projek OPV pada 2021, menyebabkan THHE terpaksa membeli semula 51 peratus saham daripada mereka.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan kenyataannya berhubung isu OPV itu bukan fitnah, sebaliknya berlandaskan fakta.

“Jika saya cakap salah, betulkan dan buktikan. Saya siap sedia kerana saya bukan cakap kosong, melainkan ada bersama bukti-bukti,” katanya hari ini.

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, Abdul Azeez perlu memeriksa fakta terlebih dahulu, sebelum mendakwanya menabur fitnah.

“Apabila Azeez Rahim marahkan saya, saya fahamlah. Tetapi kalau marahpun, fakta biar betul lah. Itu sahaja. Jangan cakap tanpa fakta kerana maklumat orang boleh cari,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Azeez membuat laporan polis ke atas Mujahid kerana memfitnahnya berkaitan kontrak OPV.

Beliau juga dilaporkan akan memfailkan saman kerana Dr Mujahid begitu rakus mengeluarkan kenyataan dengan perkataan berbaur fitnah dan hasutan berkaitan Tabung Haji.

“Saya merasa begitu terkilan dengan tohmahan dan fitnah oleh Mujahid berkaitan dengan kontrak OPV yang disiarkan melalui Facebooknya 2 September lalu.

“Fitnah beliau dengan jelas menyebut nama saya sebagai pengerusi bukan eksekutif TH ketika itu mendapat kontrak secara direct nego berjumlah RM739 juta melalui Datuk Seri Najib Tun Razak kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

“Saya telah buat laporan polis semalam dan tanpa teragak-agak akan memfailkan saman fitnah ke atas Mujahid yang berkali-kali mengaitkan saya dengan perkataan fitnah serta hasutan berkaitan TH,” katanya.

Mengikut kontrak, THHE sepatutnya menghantar tiga OPV secara berperingkat pada Februari, Mei dan Ogos 2020, tetapi ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini.

Kelewatan itu berterusan walaupun selepas kerajaan memberikan lanjutan 18 bulan supaya sekurang-kurangnya satu OPV diserahkan terlebih dahulu.

Tidak seperti kapal biasa, OPV boleh beroperasi di laut sehingga 21 hari untuk melakukan rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan. Kapal itu juga dilengkapi dengan senjata pertahanan ringan seperti mesingan dan tempat pendaratan helikopter.

Tiga OPV itu telah dinamakan semula sebagai kelas Tun Fatimah, yang mana THHE dan Destini bekerjasama dengan syarikat Damen yang berpangkalan di Belanda untuk mereka bentuk.

Berita berkaitan
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
18 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
18 jam lalu· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok