Muhyiddin ulangi gesaan kerajaan beri 950,000 PKS ‘talian hayat’

October 6, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menggesa kerajaan mengambil tindakan segera meringankan beban 950,000 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan teruk akibat peningkatan kos yang mendadak ketika ini.

Menurutnya bagi memastikan proses pemulihan ekonomi yang sekata dapat dicapai, kerajaan juga harus memastikan sebanyak mungkin Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seluruh negara diberi ‘talian hayat’ untuk mampu bernafas dalam situasi ekonomi ketika ini.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan memandangkan 53 peratus dari 950,000 PKS berdaftar di negara ini adalah perniagaan milik Melayu dan Bumiputera.

“Semalam, saya telah mengadakan perbincangan meja bulat bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Perbincangan itu bertumpu kepada isu dan cabaran dari aspek pemulihan ekonomi negara serta cadangan penyelesaian dari perspektif DPMM.

“Pihak DPMM turut menyuarakan kebimbangan ahli-ahli terutamanya pengusaha PMKS mengenai masalah aliran tunai. Ini selari dengan saranan yang dibuat MPN supaya PMKS diberi moratorium khas berikutan sektor-sektor ini masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.

“Situasi ini diburukkan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tiga kali berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini (6 Oktober 2022).

Bekas Perdana Menteri itu berkata turut risau jika tiada langkah drastik yang diambil kerajaan terutamanya dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan esok lebih banyak lagi PMKS yang terpaksa gulung tikar.

“Apa yang lebih parah, lebih ramai rakyat yang mungkin juga akan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan,” katanya.

Pada 10 September lalu, MPN dilaporkan menyarankan institusi perbankan mempertimbangkan cadangan pemberian moratorium kepada PKS terutama mereka yang masih bergelut untuk pulih pasca Covid-19.

Muhyiddin dilaporkan berkata sudah tiga kali mesyuarat MPN membincangkan mengenai PKS, yang antara lainnya memohon bantuan kewangan memandangkan ada antara mereka masih tidak dapat pulih dan perniagaan merosot.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, DPMM turut menyuarakan kebimbangan ahlinya terhadap denda dan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikenakan kepada usahawan Melayu yang baru pulih disebabkan pandemik dan berharap agensi itu dapat memberi budi bicara dalam perkara ini.

“Memandangkan 53 peratus dari 950,000 PKS berdaftar di Malaysia adalah perniagaan milik Melayu dan Bumiputera, sekali lagi saya ingin menyaran kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi meringankan beban mereka yang juga terkesan teruk akibat peningkatan kos yang mendadak,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
PN, GPS bincang bentuk kerajaan Persekutuan
November 20, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
30 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok