Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Tun Arshad Ayub

June 14, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga turut menzahirkan rasa dukacita menerima berita kematian ikon pendidikan negara Tun Dr Arshad Ayub, hari ini.

Dalam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau secara peribadi mengenali Allahyarham yang pernah berkhidmat di beberapa kementerian sebagai Ketua Setiausaha dan seorang yang amat tegas, komited serta berdedikasi.

Menurutnya Allahyarham adalah nama besar yang cukup dikenali dan banyak berjasa dalam bidang pendidikan dan pembangunan ekonomi negara.

“Sumbangan Allahyarham dalam merintis penubuhan dan pembangunan Institut Teknologi Mara ( kini UiTM) sehingga melahirkan jutaan modal insan berkualiti tidak ada tolok banding sehingga menjadikan Allahyarham antara individu yang berjaya mencapai dan merealisasikan sasaran pendidikan bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.

Muhyiddin berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada sektor pendidikan dan ekonomi negara.

“Api kecintaannya kepada pembangunan pendidikan anak bangsa tidak pernah padam sehingga ke akhir hayatnya. Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya juga berdoa moga ahli keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi saat-saat yang menyedihkan ini,” katanya.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah ITM menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi, pada usia 93 tahun.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga dilantik sebagai Canselor Universiti Antarabangsa INTI yang pertama pada 2013 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

Ketika berusia 23 tahun, Allahyarham mula berkhidmat dengan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada September 1951 sebagai Penolong Pegawai Kadet Pembangunan Kampung.

Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, Arshad yang pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Gaji Harun berada di luar negara untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958) dan IMD Business School, Lausanne, Switzerland (1963).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Berita berkaitan
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022· Isu semasa
PM kena bincang dulu dengan PN sebelum bubar Parlimen: Muhyiddin
March 12, 2022· Politik
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022· Politik
Ramai sambut Najib sebab nak tengok muka perompak dengan dekat
March 3, 2022· Politik
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok