Muhyiddin terima kunjungan PM baharu, beri sokongan penuh

August 21, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang selesai mengangkat sumpah di kediamannya petang tadi dan memberi komitmen Perikatan Nasional (PN) akan memberi sokongan penuh kepada pentadbirannya yang bakal dibentuk nanti.

Muhyiddin juga mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan tersebut dan mengharapkan kerajaan yang dibentuk nanti dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sepanjang proses pemulihan yang sedang berjalan ketika ini.

“Saya telah menerima kunjungan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” kata Muhyiddin dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Beliau turut mendoakan Ismail Sabri agar dapat menggalas amanah tersebut dengan baik dan mengemudi negara ke arah kejayaan.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya lagi.

Pada 16 Ogos, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai PM dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta.

Terdahulu petang tadi, Ismail Sabri mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai PM-9 menggantikan Muhyiddin.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok