Muhyiddin stabil, dibenar bertugas semasa dirawat

Keadaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yang sedang dirawat di hospital kini berada dalam keadaan stabil, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan itu juga berkata tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Muhyiddin berulang, ia selepas beliau dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu bagi menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” kata kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin yang dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

BERITA BERKAIT
POPULAR