Muhyiddin serah biasiswa yayasan, santuni anak yatim, tahfiz

April 15, 2023 · Isu semasa

Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf menyerahkan biasiswa kepada enam pelajar Akademi Golf Tunas Bestari yang menunjukkan potensi besar dalam sukan golf.

Mereka ialah Ngo Yo Belle, Batrisyia Balqis, Nur Syafiqah, Ezekiel Sueritz, Maisara Saad dan Ashley Lau.

Penyerahan biasiswa itu dilakukan sendiri bekas Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Pagoh pada majlis berbuka puasa yayasan berkenaan hari ini (15 April 2023). Hadir sama Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terpilih dan percaya mereka adalah bakat-bakat muda yang boleh berjaya dan dapat mengharumkan nama negara dalam sukan ini suatu hari nanti.

“Sempena majlis tersebut saya menyampaikan sumbangan kepada beberapa sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan serta biasiswa kepada enam pelajar Akademi Golf Tunas Bestari,” katanya.

Antara badan kebajikan yang menerima sumbangan kali ini termasuk Pertubuhan Pembangunan Insan Darussalam Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Teratak Ummi; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah; Pertubuhan Kebajikan Chen Ai OKU; Pertubuhan Kebajikan Dar Ar-Rahman Malaysia; Madrasah Tahfiz Kampung Kapal; Maahad Tahfiz Miftahul Ulum; Pusat Jagaan Insan; dan Pusat Jagaan Nur Hasanah.

Pada majlis itu beliau dan isteri serta ahli jawatankuasa Yayasan TSMY Charity Golf turut menyantuni anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan warga rumah kebajikan terlibat dalam majlis berbuka puasa, disusuli dengan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih.

“Semoga sumbangan daripada Yayasan ini dapat membantu pertubuhan-pertubuhan terlibat menjalankan aktiviti atau program masing-masing,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Dua maut, 51 mangsa tanah runtuh di Kuala Kubu Bharu masih hilang
December 16, 2022
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Jangan harap Najib nak dapatkan duit rakyat yang dia curi: Muhyiddin
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok