Muhyiddin sememangnya layak ketuai MPN dicetuskan beliau

September 6, 2021 · Isu semasa

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuktikan kapasiti bekas Perdana Menteri itu untuk meneruskan program dicetuskan beliau bagi membawa keluar negara daripada krisis akibat Covid-19.

Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata, pelantikan itu juga menunjukkan kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap usaha dilakukan Muhyiddin untuk memulihkan krisis dihadapi negara.

“Lantikan Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mengepalai MPN turut menggambarkan keyakinan Perdana Menteri terhadap barisan Kabinet bagi memulihkan krisis yang dihadapi negara.

“Pelantikan ini sebagai kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan program pemulihan negara yang telah dicetuskan pada zaman beliau.

“Pelantikan ini juga menggambarkan bahawa program pemulihan negara telah berada pada landasan yang tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah bahawa kepemimpinan Muhyiddin sememangnya diperlukan untuk mengepalai program itu.

Kamaruzaman berkata MPN adalah jawatankuasa yang sangat penting bagi mengepalai keseluruhan program negara untuk pulih serta keluar daripada wabak Covid-19 dan seterusnya memacu negara keluar daripada segala kemelut yang berlaku hari ini.

Beliau turut berpandangan kerajaan Ismail Sabri adalah kesinambungan kerajaan Muhyiddin yang hanya mempunyai perubahan kecil ke atas beberapa portfolio.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri.

Mohd Zuki dalam kenyataannya berkata, pelantikan Muhyiddin diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada 1 September lalu dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun, beberapa pihak, khususnya pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang, iri hati dan dengki dengan pelantikan itu, terus menerus menyerang Muhyiddin.

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman
November 17, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
15 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok