Muhyiddin, PM ucap takziah kepada keluarga lima pelajar maut nahas

May 12, 2022 · Isu semasa

Nahas jalan raya yang meragut nyawa lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar serta insiden tanah runtuh di Janda Baik, Bentong, Pahang mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri yang kini dalama lawatan kerja di Washington DC, Amerika Syarikat dalam catatan di Facebooknya menzahirkan rasa sedih menerima berita memilukan berhubung kematian lima pelajar USAS dalam nahas di KM245.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kuala Kangsar, tengah malam tadi.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka tabah mengharungi dugaan itu

“Didoakan jua agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Lima mangsa yang maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terlibat kemalangan bersama dua treler dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Ismail Sabri turut meluahkan rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik, semalam.

Beliau berkata kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga terlibat, yang akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama-sama Setiausaha Politik beliau.

Sementara itu, Muhyiddin juga menzahirkan rasa sedih mendengar berita lima pelajar USAS yang terkorban dalam nahas jalan raya itu.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz dan Allahyarham Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis.

“Saya berdoa moga ahli keluarga mangsa kemalangan tabah dan bersabar dengan tragedi menyayat hati ini. Marilah kita sama-sama berdoa moga roh kesemua mangsa nahas jalan raya ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Berita berkaitan
Kelulusan dalam projek Jana Wibawa dibuat MoF bukan PMO: Muhyiddin
February 18, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Mampukah pengangkutan awam negara bertambah baik?
February 9, 2023· Isu semasa
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok