Muhyiddin mohon rakyat doa Dr Mahathir cepat sembuh, dipermudah urusan rawatan

December 18, 2021 · Isu semasa

Rakyat dimohon mendoakan agar mantan Perdana Menteri (PM) dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan dengan cepat dan urusan rawatan yang sedang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN) dipermudah.

Muhyiddin dan keluarga mendoakan Dr Mahathir diberikan kesembuhan segera dan memohon kepada orang ramai untuk berdoa bersama-sama bagi mendoakan kesejahteraan Ahli Parlimen Langkawi tersebut, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya dan keluarga mendoakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) diberi kesembuhan segera.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar urusan rawatan kesihatan Tun dipermudah, cepat sembuh dan diberikan kesihatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga berterima kasih kepada doktor dan petugas yang berkhidmat dalam menjaga rawatan kepada Dr Mahathir.

“Terima kasih kepada doktor dan petugas IJN atas khidmat yang diberikan serta seluruh rakyat yang mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri kita,” katanya lagi.

Pada 16 Disember baru-baru ini, IJN mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke pusat rawatan tersebut.

Kenyataan IJN memaklumkan Dr Mahathir tiba sekitar 7 malam dan akan menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap kesihatannya.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut,” kata kenyataan ringkas dua perenggan tersebut.

IJN juga berkata beliau bakal menjalani rawatan untuk beberapa hari di pusat tersebut.

Dr Mahathir kali pertama berjaya menjalani pembedahan koronari pertamanya pada 24 Januari 1989.
Ia disusuli dua lagi pembedahan pada 2006.

Beliau mendapatkan rawatan bagi semua serangan jantung itu di IJN.

Untuk rekod, Dr Mahathir ketika ini masih menjalani rawatan di IJN dan masih diberikan rawatan menyeluruh.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok