‘Muhyiddin mampu ubah krisis bertukar peluang, derita jadi kemakmuran’

September 10, 2021 · Isu semasa

Pendekatan pragmatik dan holistik Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) diyakini mampu mengubah krisis menjadi peluang, kekecewaan menjadi harapan dan penderitaan bertukar kepada kemakmuran bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin berkata Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN telah memberi keyakinan dan jaminan bahawa perjuangan memerangi Covid-19 tidak tergendala walaupun berlaku perubahan dalam tampuk kepemimpinan kerajaan.

Beliau berkata pastinya rakyat berasa lega kerana pendekatan yang telah digariskan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN), akan diteruskan seperti dirancang

“Setinggi-tinggi penghargaan atas usaha beliau yang menyaksikan hampir dua pertiga penduduk Malaysia telah menerima bantuan tunai, perniagaan dibantu dan golongan rentan telah dilindungi daripada kesan kemelesetan ekonomi paling mencabar dalam sejarah negara kita.

“Melalui pelbagai inisiatif, tidak kurang daripada lapan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan telah diserahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini mengulas ucapan Muhyiddin semalam yang memberi jaminan perjuangan MPN memerangi Covid-19 tidak akan tergendala.

Dalam ucapannya bekas Perdana Menteri itu menegaskan sekali lagi langkah-langkah ke hadapan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Namun apa yang lebih penting, kata Azril ialah sebilangan besar populasi Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan kini mendahului sasaran untuk mencapai imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan Februari lalu.

“Visi beliau yang realistik dan berpandangan jauh jika dilaksanakan tanpa gangguan, mampu mengubah krisis menjadi peluang, kekecewaan menjadi harapan dan penderitaan bertukar kepada kemakmuran bersama.

“Perincian dan butiran untuk menyokong usahawan kecil dan sederhana serta sektor ekonomi yang paling terkesan; bantuan berterusan untuk rakyat; usaha bersepadu untuk menarik pelaburan langsung asing serta domestik; percambahan teknologi dan pendigitan baharu akan membolehkan Malaysia tampil lebih saksama, lestari dan lebih kuat daripada sebelumnya,” katanya.

Paling menyentuh dalam ucapan Muhyiddin itu, kata Azril ialah seruan kepada semua pihak supaya bersolidariti dan menyingkirkan apa jua unsur yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kita mengalu-alukan dan menyambut baik semangat perpaduan yang diberi penekanan oleh beliau dalam ucapannya. Mesej itu memang kena pada masanya ketika kita semakin menghampiri penghujung krisis kesihatan dan memasuki fasa pemulihan yang panjang,” katanya.

Rakyat juga katanya, harus membulatkan tekad dan bersatu hati dalam menghadapi cabaran yang bakal ditempuh.

“Dengan semua elemen penting ke arah pemulihan ekonomi yang disebutkan oleh beliau, sesungguhnya Malaysia mempunyai kemampuan bukan sekadar untuk pulih daripada krisis, sebaliknya muncul lebih baik dan lebih kuat,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok