Muhyiddin jamin bantuan kepada peniaga kecil dibincang dalam MPN

September 6, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan langkah membantu kelompok peniaga kecil akan dibangkitkkan dalam mesyuarat pertama MPN yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, semua perkara berkaitan pemulihan negara dari aspek keseluruhan masyarakat dan keseluruhan kerajaan akan dibincangkan dalam mesyuarat itu, dan beliau menjangka tarikhnya mungkin ditetapkan dalam tempoh seminggu akan datang.

Menurutnya langkah sewajarnya akan diambil dalam perancangan untuk memastikan lebih banyak sektor ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain kembali pulih sebagaimana sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

“Sebagai Pengerusi MPN saya akan pastikan sektor dan peniaga-peniaga kecil ini terus dibantu dalam setiap perancangan kerajaan membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19.

“Petang tadi, saya berkunjung ke kawasan perniagaan di Setapak Jaya, satu daripada kawasan atau wilayah ‘bebas berniaga’ di Kuala Lumpur yang menjual pelbagai aneka makanan, minuman, kudapan dan buah-buahan tempatan,” katanya dalam Facebook beliau malam ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut bersyukur kerana rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kehidupan mereka kembali bersinar melalui kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan kerajaan.

“Tambahan lagi, hampir kesemua yang meniaga menceritakan mereka sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin.

“Keceriaan yang terpamer di wajah peniaga kecil ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara semakin jelas,” katanya

Muhyiddin berkata ruang yang luas perlu diberikan kepada usahawan dan peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan, seiring hasrat kerajaan memastikan mereka terus berupaya menjana pendapatan.

“Saya juga bangga melihat prosedur operasi standard (SOP) diamalkan oleh para peniaga dan juga pembeli, yang kesemuanya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal dalam berurus niaga,” katanya.

Beliau mengajak semua pihak supaya berdoa untuk negara tercinta dan rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus berusaha dan bekerja menjana pendapatan di mana sahaja berada.

“Moga anda dan kita sentiasa dilindungiNya!,” katanya.

Berita berkaitan
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Tujuh MP DAP dan PKR bantah larangan jual arak
November 2, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
15 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
15 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
15 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok