Muhyiddin, isteri terima dos penggalak

October 23, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menerima suntikan dos penggalak Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Axiata Arena, ibu negara hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu secara sukarela tampil menerima dos penggalak setelah menjadi penerima pertama vaksin Pfizer sempena pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari lalu.

“Saya ada hubungi dan diberitahu untuk datang hari ini dan datang hari ini, saya memang dah ditunggu.

“Mengikut laporan yang saya baca bagus kalau sudah dapat dua dos, lepas beberapa bulan di peringkat usia mungkin ada menurun ketahanan badan.

“Jadi bila ada suntikan ketiga ini ia bina semula ketahanan badan,” katanya

Muhyiddin, 74, turut menjelaskan proses di PPV berjalan lancar dan beliau tidak mengalami sebarang kesan segera.

Katganya, beliau secara sukarela membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera beberapa hari lepas untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun kebanyakan negeri kini berada di Fasa Tiga dan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok