Muhyiddin hargai sokongan, harap dapat henti polemik politik

August 6, 2021 · Isu semasa

Sokongan 31 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) disambut baik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghargai keputusan mereka untuk meneruskan khidmat bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga sidang Parlimen pada September depan.

Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas komitmen mereka yang bertegas sebarang keabsahan berhubung isu melibatkan kerajaan ditentukan menerusi usul undi percaya di Parlimen nanti dan bukan melalui kaedah lain.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, dan semua Ahli Parlimen BN yang bersama beliau menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Muhyiddin, langkah menentukan keabsahan di Parlimen adalah selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong semasa mendapat perkenan pada Rabu lalu.

“Ini adalah selaras dengan titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu,” ujarnya lagi.

Beliau turut berharap keputusan MP BN tersebut dapat menghentikan kemelut politik yang melanda negara dan menggesa semua pihak tidak mengira latar belakang untuk menumpukan usaha ke arah menangani krisis kesihatan yang sedang dihadapi negara ketika ini.

“Saya berharap agar pendirian Ahli-Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini dan memberi ruang kepada Kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya.

Terdahulu awal hari ini, Ismail Sabri bersama kira-kira 21 MP B mengadakan sidang media membuat pendirian untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga keabsahan ditentukan semasa sidang Parlimen pada September depan, ia walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya Menteri dan Timbalan Menteri meletak jawatan mereka.

Kenyataan tersebut merupakan satu tamparan hebat kepada Zahid yang dilihat sudah hilang kepercayaan apabila cuba mencetuskan satu lagi kemelut politik yang akan memudaratkan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
4 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok