Muhyiddin harap kebebasan badan kehakiman terus dilindungi

August 23, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kebebasan badan kehakiman di Malaysia terus dilindungi tanpa ada cubaan campur tangan atau desakan politik daripada mana-mana pihak supaya keadilan dapat ditegakkan.

Dalam kenyataan malam ini beliau berkata kebebasan dan integriti badan kehakiman sepertimana yang terbukti hari ini (23 Ogos 2022) adalah paksi sebuah negara demokrasi.

“Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na’uzubillah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana kes SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu bersyukur perjuangan beliau dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan Najib, sejak tahun 2015.

“Walaupun saya dihukum dengan pemecatan daripada kerajaan dan parti pada ketika itu, saya terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak,” katanya.

Muhyiddin berkata hari ini beliau bersama rakyat Malaysia yang konsisten melawan rasuah dan penyelewengan dapat menghela nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Katanya keputusan itu membuktikan sistem kehakiman Malaysia yang bebas menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu kebebasan sistem kehakiman itulah yang beliau pertahankan ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Walaupun ada desakan supaya campur tangan saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan. Pendakwaan dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah RM2.6 billion masih belum selesai.

“Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofail tinggi yang lain.

“Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campurtangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak.

“Atas segalanya, saya mendoakan agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada amalan kleptokrasi, dijauhi daripada bala bencana dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,” kata Muhyiddin lagi.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Peguam Negara pertahan langkah mohon hentikan prosiding kes rasuah Zahid
September 8, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok