Muhyiddin cadang kerajaan bagi RM300,000 kepada Parlimen terjejas banjir

March 6, 2023 · Isu semasa

Bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mencadangkan kerajaan memberi peruntukan RM300,000 kepada semua ahli Parlimen yang kawasannya terjejas akibat banjir termasuk pembangkang.

Katanya peruntukan itu bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan tersebut terutama di Johor yang disifatkannya banjir kali ini amat teruk.

“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300,000 kepada semua ahli Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir, termasuk ahli Parlimen pembangkang.

“Peruntukan ini boleh digunakan oleh ahli-ahli Parlimen untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Setakat jam 8 pagi tadi, Johor masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga, ditempatkan di 284 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mencadangkan kerajaan menaikkan peruntukan bantuan kepada Johor kepada RM100 juta daripada RM50 juta yang diumumkan baru-baru ini.

“Oleh kerana negeri Johor terjejas teruk dengan musibah banjir kali ini, saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Johor  untuk tujuan membantu mangsa banjir dan membiayai program pemulihan pasca banjir,” katanya.

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman peruntukan RM50 juta semalam.

Beliau turut mengajak wakil rakyat yang hadir turut sama mendoakan keselamatan Johor yang sedang dilanda musibah.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
6 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok