Muhyiddin bimbang selepas bentang Bajet tapi tak dibahas pula

October 8, 2022 · Isu semasa

Spekulasi pembubaran Parlimen pada masa terdekat bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang sekiranya Bajet 2023 yang dibentang semalam tidak akan dibahaskan.

Mantan Perdana Menteri Kelapan itu berkata sekiranya tiada perbahasan kerana Parlimen dibubarkan bakal menyebabkan pelbagai tanggapan boleh dibuat sama ada ia belanjawan untuk rakyat atau sekadar gula-gula pilihan raya daripada kerajaan.

“Saya takut nanti jangan pula lepas bentang bajet tak bahas, susah nak ramal. Kalau tak bahas pula saya tak boleh nak andaikan ini bajet apa.

“Tapi kalau dibahaskan sampai lulus pun selepas itu pilihan raya diadakan, macam mana keadaan?” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian Bersatu Pagoh hari ini.

Jelas Muhyiddin, sekiranya bajet terbesar dalam sejarah negara dibentangkan semalam tidak dibahaskan sukar untuk menjangkakan sama ada ia realistik dan atau tidak boleh dilaksanakan kerana keadaan yang mencabar sedang dihadapi negara ketika ini

“Berapa kerajaan harus pinjam hanya nak menampung pembayaran gaji, operating expenditure (perbelanjaan operasi), dari segi dasar fiskal, itu tidak baik.

“Ya, bermakna kita terpaksa pinjam sana pinjam sendiri, cari mana untuk bayar gaji. Pasal gaji bukan berkurangan, pencen tidak berkurangan.

“Ia meningkat dan bertambah setiap tahun. tapi hasil negara? Merosot,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin sedikit sangsi sama ada belanjawan negara yang dibentangkan semalam dapat dilaksanakan pada ketika negara diramal berdepan kemelesetan pada tahun depan.

“Ekonomi agak merosot, walaupun disebut pertumbuhan tapi Menteri Kewangan pun kata kalau tahun ini lapan peratus, tahun depan sudah merosot.

“…tapi saya kurang pasti sama ada itu boleh dibuat,” katanya lagi.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Di bawah perbelanjaan ini, peruntukan yang disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi meningkat dua peratus, mengambil hampir satu perlapan daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok