Muhyiddin berjaya pulihkan Felda kembali untung, kenapa zaman Najib sentiasa rugi?

Selepas bertahun-tahun mencatatkan kerugian, kini FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan keuntungan hasil daripada langkah pemulihan drastik yang diambil oleh bekas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Laporan kewangan terkini dikeluarkan menunjukkan keuntungan bersih diperoleh FGV keuntungan bersih sebanyak RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding hanya RM146.16 juta pada 2020.

Keuntungan tersebut menurut FGV adalah hasil kenaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi.

Semasa era Muhyiddin, antara fokus utama pentadbirannya adalah mencari jalan terbaik untuk membantu para peneroka Felda yang terhimpit dengan beban hutang yang banyak.

Hutang peneroka tersebut diwarisi dan diturunkan kepada generasi seterusnya kedua dan ketiga, sehingga ada dikalangan mereka yang tidak mampu untuk membayar semula.

Seorang peneroka, Rohaizad Abdullah, 50, generasi kedua peneroka Felda Taib Andak di Kulai sangat menghargai jasa Muhyiddin mengambil langkah menghapuskan hutang para peneroka sebelum ini yang disifatkannya sebagai jasa yang sentiasa akan dikenang kerana banyak membantu meringankan beban mereka.

“Sumbangan terbesar yang peneroka nampak Tan Sri (Muhyiddin) beri, kalau orang peneroka berterima kasih kepada Tan Sri adalah pemotongan hutang… Setiap peneroka ini hutang dekat RM100 ribu lebih tahu.

“Hutang ini, mak bapa mati, anak yang kena tanggung… hutang beralih kepada generasi kedua dan generasi seterusnya,” katanya semasa ditemui Agenda Daily baru-baru ini.

Jelasnya, hutang peneroka yang utama terdiri daripada hutang pembangunan dan tanam semula. Selain itu, hutang yang sedia ada sudah banyak ditambah pula dengan langkah yang diambil oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerajui kerajaan sejak 2009 sehingga 2018 apabila menyenaraikan FGV tetapi gagal.

Hasilnya, hutang peneroka semakin bertambah, lebih memburukkan keadaan hasil yang diperoleh juga semakin merosot akibat penurunan harga sawit ketika itu.

Rohaizad membuat perbandingan senario semasa zaman Najib mahu pun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada 2018 yang gagal dalam membantu peneroka Felda dalam mengurangkan beban hutang yang ditanggung mereka.

“Tapi tak tahu macam mana pandainya, Tan Sri (Muhyiddin) berjaya mencari jalan menghapuskan hutang peneroka ini, hampir 80 peratus.

“Kenapa zaman Tan Sri boleh buat macam ini, tapi zaman dorang (Najib dan PH) tidak boleh?” soalnya lagi.

Muhyiddin semasa 17 bulan mentadbir kerajaan berjaya mencari jalan untuk mengurangkan beban para peneroka dengan menghapuskan hutang yang ditanggung sejak sekian lama.

Ia bermula dalam Belanjawan 2021 apabila kerajaan PN memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka Felda.

Komitmen itu seterusnya dimuktamadkan pada Julai 2021 apabila Muhyiddin mengumumkan pelupusan sebahagian hutang peneroka bernilai RM8.3 bilion, menjadikan bebanan pinjaman berkurangan secara purata sebanyak 80% bagi setiap peneroka.

Ini bermakna, bayaran balik pinjaman secara purata berkurangan daripada RM800 hingga RM1,000 kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar.

BERITA BERKAIT
POPULAR