Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal

August 13, 2022 · Isu semasa

Tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram seperti jemaah lelaki disifatkan sebagai tindakan yang tidak berakal dan sengaja mempermain-mainkan atau mempersendakan agama Islam.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan dilakukan wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan, lapor Bernama.

“Seorang Muslim dituntut menghormati dan mengagungkan agamanya, malah tindakan wanita itu disifatkan sebagai hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam sedikit pun tidak terjejas oleh tindakan yang tidak berakal itu.

“Melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum Islam secara sengaja bererti mempermain-mainkan atau mempersendakan agama, dengan tindakan sedemikian pelakunya menjadi kafir. Jika tidak bertaubat dia akan dihumban ke neraka dan akan menerima seksaan yang dahsyat di akhirat nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Salim berkata banyak lagi cara untuk mencari populariti, namun bukan dengan menjadikan agama sebagai bahan mainan atau sendaan kerana ia tindakan jelas sekali menghina agama.

“Agama Allah tetap berkembang pesat dari semasa ke semasa…semakin ramai manusia menganutnya terutama dalam kalangan para ilmuwan dan cerdik pandai dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lelaki malah agensi yang menguruskan umrah wanita terbabit juga akan dikenakan tindakan jika benar dakwaan seperti ditularkan.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok