Mudah kongsi maklumat peribadi punca kebocoran data

March 17, 2022 · Isu semasa

Isu kebocoran dan penjualan data peribadi bukanlah sesuatu yang baharu. Di negara ini, ia mula mendapat perhatian susulan laporan mengenai dakwaan berlaku ketirisan empat juta data peribadi masyarakat awam melalui laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketirisan data peribadi ini membabitkan Application Programming Interfaces (API) yang dicipta untuk sistem myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Dr R Mohan dan Siti Nuraisyah Abdul Wahab dari Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), ketirisan itu mencetuskan kebimbangan awam terutama pengguna yang menjadi mangsa kejadian berkenaan.

Susulan daripada dakwaan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din menegaskan pihaknya memandang serius hal itu dan bekerjasama dengan JPN juga LHDN untuk mengenal pasti punca kebocoran data awam.

“Bagaimanapun, berlaku kebocoran dan pencerobohan data peribadi menyebabkan orang ramai mula bimbang dan hilang kepercayaan terhadap pihak yang seharusnya bertanggungjawab melindunginya.

“Antara punca berlaku kebocoran data peribadi kepada pihak ketiga mungkin menerusi pembabitan orang dalam di sesebuah agensi berkaitan yang bersekongkol dengan penjenayah profesional.

“Mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan dalam sebuah institusi kerajaan atau bukan kerajaan untuk mengelola, mengurus dan memproses segala data peribadi awam bagi tujuan tertentu sama ada maklumat pendaftaran, percukaian, telekomunikasi, perbankan dan institusi kewangan serta syarikat penerbangan,” jelas mereka.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini membolehkan penjenayah membuat kad pengenalan atau pasport palsu menggunakan segala maklumat peribadi orang awam yang dicuri daripada pangkalan data.

Dalam kes tertentu, penggunaan data peribadi orang lain menyebabkan orang awam yang tidak bersalah dikaitkan dengan kes jenayah gara-gara pemalsuan identiti.

Seandainya penjenayah berjaya dalam modus operandi mereka dan tidak dapat diatasi dengan segera, keselamatan orang ramai terancam.

“Dalam hal ini orang ramai juga perlu berhati-hati memberikan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali terutama melalui media sosial. Sikap gemar berkongsi data peribadi secara berleluasa turut menjadi punca kebocorannya.

“Hari ini, dapat dilihat ramai orang tidak sedar tindakan mereka berkongsi aktiviti, status atau gambar di media sosial turut berupaya mendedahkan data peribadi mereka,” tambahnya.

Memuat naik data peribadi secara terbuka di media sosial membolehkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyalahgunakannya.

Ada masanya, orang awam seronok berkongsi gambar mereka dalam media sosial tanpa menyedari terdapat maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan atau pasport yang boleh dilihat secara umum. Perkara ini harus sentiasa diawasi.

Hal ini bermakna orang ramai perlu sentiasa berwaspada melindungi data peribadi mereka seperti mewujudkan kata laluan yang sukar ditembusi pada akaun media sosial atau perbankan dalam talian.

Justeru, elakkan diri daripada mempercayai individu atau laman web yang menawarkan peraduan atau skim memberi keuntungan dalam tempoh singkat. Seandainya perlu membuat salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lakarkan dua garisan pada kertas berkenaan dengan menyatakan tujuan salinan dibuat.

Isu ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masa depan dan maruah individu bergantung kepada kerahsiaan data peribadi.

Berita berkaitan
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Rafizi dakwa miliki data tunjuk PH-UMNO mampu menang PRN
July 4, 2023· Politik
RM1.2 juta wang KWSP lesap ditipu scammer
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok