MPP PKR dilantik Pengerusi MDV baharu, ganti Khairul Azwan

May 23, 2023 · Isu semasa

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Wong Chen dilantik menjawat jawatan Pengerusi Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) berkuat kuasa hari ini.

Ahli Parlimen Subang itu mengumumkan lantikannya dalam satu hantaran di Facebook, petang tadi.

“Saya dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk jawatan pengerusi bukan eksekutif MDV. Ini merupakan entiti milik kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” kongsinya.

MDV ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Wong menggantikan Khairul Azwan Harun yang menamatkan perkhidmatannya 31 Disember lalu.

Dalam hantaran sama, Wong memberitahu lantikannya telah disemak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain kelayakannya diiktiraf oleh Kementerian Kewangan.

“Saya bekas peguam korporat. Saya juga telah mengisytiharkan harta dan menandatangani ikrar anti-rasuah.

“Selain itu, saya juga mengambil pendirian untuk tidak mempengerusikan jawatankuasa lembaga berkaitan pengurusan risiko, pampasan, audit, serta pembiayaan dan pelaburan.

“Ini tentu dapat mengurangkan sebarang isu konflik kepentingan,” katanya.

Selain itu, ahli Parlimen PKR itu turut mengumumkan lantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) mengenai hubungan antarabangsa dan perdagangan.

Berita berkaitan
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
37 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok