MPN syor kerajaan, bank sediakan moratorium khas bantu IKS pulih

September 10, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan institusi perbankan di bawah Bank Negara menyediakan satu moratorium khas bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) pulih daripada kesan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Beliau berpendapat walaupun menyediakan moratorium baharu kepada IKS terbabit, institusi kewangan tidak mengalami kerugian yang besar.

Menurutnya dalam mesyuarat MPN yang lalu, pihak IKS telah meminta supaya insitusi perbankan meneliti semula kemungkinan memperkenalkan moratorium baharu supaya pihak industri mempunyai sedikit masa lagi untuk pulih.

Sambil menyatakan peranan IKS melibatkan hampir 96 peratus daripada aktiviti ekonomi negara, beliau berharap Kabinet dapat memberi perhatian serius mengenai perkara itu.

“Ada industri yang belum pulih lagi… tapi bila hendak buat pinjaman… bank kata dulu tak bayar. Tapi sekarang ini kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

“Dia (IKS) dah pinjam lagi. Habis nak pinjam… rekod prestasi setahun dua lepas, rugi. Kalau nak berdasarkan pada keadaan biasa, saya fikir (IKS) tak akan pulih.

“Ini kebimbangan besar saya. Tapi MPN tak ada bidang kuasa. Kita badanyang memberi pandangan nasihat yang datang daripada pakar-pakar, sektor korporat, swasta, ada wakil daripada kerajaan,” katanya kepada media ketika hadir pada Program Jualan Prihatin Rakyat Parlimen Pagoh hari ini (10 September 2022) yang dihadiri lebih 1,000 pengguna.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berharap Bajet 2023 yang akan dibentangkan kelak mampu menyediakan satu langkah tegas untuk membantu IKS dan rakyat.

“Sebab itu bagi saya kalau tak ada satu langkah tegas dalam pembentangan belanjawan yang akan dibentangkan oleh perdana menteri… saya tak tahu apa kandungan dia. Tapi kalau di situ tak dinyatakan ataupun tak dilihat serius untuk menangani masalah-masalah sebegini, belanjawan itu mungkin tidak bawa kesan banyak.

“Ya penting tapi tak boleh membantu dalam mempercepatkan dan meringankan beban rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan OPR, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata MPN telah membincangkan perkara itu, tetapi menyedari ia adalah dasar yang ditetapkan oleh Bank Negara dengan sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, beliau mengakui kesan daripada kenaikan OPR itu akan membebankan rakyat kerana institusi kewangan terpaksa mengambil langkah tertentu bagi mematuhi kehendak Bank Negara.

“Jadi ini (OPR) menokok lagi beban yang sedang dihadapi. Kejatuhan ringgit sebagai contoh melibatkan barangan import kita menjadi lebih mahal dan bahan makanan import kita, nilainya saya fikir berpuluh bilion ringgit.

“Jadi bila buat begitu, bermakna yang dibawa masuk ke dalam negara itu adalah barang yang sudah naik harga. Sampai sini mungkin digandakan lagi dengan kos-kos lain. Ini sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan bagaimana menguruskannya,” kata beliau lagi.

Berita berkaitan
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu· Isu semasa
Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid
May 31, 2023· Politik Uncategorized
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok