MPN syor dos penggalak diperkasa, ekonomi tunjuk momentum pemulihan

December 17, 2021 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan tiga perkara berdasarkan mesyuarat hari ini antaranya Kementerian Kesihatan perlu memperkasa kempen kesedaran ujian saringan Covid-19 kendiri dan mendapatkan suntikan dos penggalak.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu penting sebagai strategi berwaspada terhadap penularan virus Covid-19, lapor Bernama.

“Majlis juga berpendapat perlunya langkah yang proaktif dan lebih ketat dalam mengambil kira kemungkinan ancaman varian Omicron dengan terus mematuhi SOP (prosesur operasi standard) yang ditetapkan.

“Ini penting dalam mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN di sini hari ini.

Beliau berkata MPN juga bersetuju secara dasar supaya cadangan oleh Jawatankuasa Tindakan Khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disusuli lebih lanjut.

Muhyiddin berkata MPN berpandangan cadangan bantuan kepada sektor PKS perlu lebih bersasar dengan memberi keutamaan untuk sektor yang kritikal.

Beliau berkata MPN turut mengesyorkan pengambilan pekerja asing perlu diperluas kepada sektor selain perladangan untuk memastikan sektor ekonomi yang telah dibuka semula dapat beroperasi dengan kapasiti prapandemik.

“Dalam hal ini juga, pelaksanaannya perlu disegerakan dan terselaras agar tidak timbul kesulitan kepada pihak industri yang sedang dalam proses pemulihan.

“Bagaimanapun, majlis menyarankan agar Jawatankuasa Tindakan Khas PKS mencari penyelesaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam jangka panjang,” katanya.

Taklimat Jawatankuasa Tindakan Khas PKS mengenai isu aliran tunai dan pembiayaan diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Muhyiddin juga berkata selaras pembukaan semula ekonomi negara seperti yang dirancang dalam Pelan Pemulihan Negara, indikator utama ekonomi semakin menunjukkan momentum pemulihan mengalakkan bagi suku keempat tahun 2021.

Beliau berkata petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku keempat tahun 2021 turut bertambah baik dan MPN optimistik bahawa momentum pemulihan itu akan berterusan memasuki tahun 2022.

“Proses pemulihan negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan memastikan semua dasar dan inisiatif pemulihan yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dilaksanakan dengan segera, terselaras, cekap dan berkesan.

“Dalam hal ini, majlis akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memulih semula dan meningkat daya tahan semua segmen sosioekonomi,” katanya.

Taklimat Jawatankuasa Tindakan Khas PKS mengenai tenaga kerja pula diterajui Kementerian Sumber Manusia.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok