MPN pandang serius kenaikkan harga barang, rangka kertas cadangan

June 7, 2022 · Isu semasa

Pakar-pakar ekonomi telah diminta mengemukakan satu kertas cadangan kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagi mengatasi isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang, terutamanya golongan B40.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan M40 juga terjejas dengan isu inflasi dan kenaikan harga barang.

‘’Sememangnya, saya memandang serius isu peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini dan impaknya terhadap kebajikan rakyat. Sewaktu pandemik Covid-19, kerajaan telah membelanjakan lebih RM80 bilion secara suntikan langsung melalui 8 pakej rangsangan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menghadiri sesi perbincangan meja bulat anjuran Institut Masa Depan Malaysia berkenaan isu-isu ekonomi semasa bersama tokoh-tokoh ekonomi.

Mereka ialah Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Michael Kang merangkap ahli Majlis Pemulihan Negara serta pakar ekonomi Prof Emeritus Datuk Dr Norma Mansor dan Prof Dr Jamal Othman.

Turut hadir Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Uzir Mahidin yang membentangkan kedudukan semasa ekonomi negara.

Muhyiddin berkata, Malaysia telah merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada kadar 5% bagi suku pertama tahun 2022 berbanding 3.6% bagi suku sebelumnya.

‘’Walaupun trend pemulihan negara menunjuk penambahbaikan, isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan perlu diberi tumpuan khusus mengambil kira faktor-faktor situasi global seperti konflik di Ukraine, perintah kawalan pergerakan di China serta kadar tukaran wang asing negara yang lemah.

‘’Sektor-sektor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama perladangan, perkhidmatan dan pembinaan juga masih berdepan isu kekurangan pekerja yang menjejaskan pemulihan dalam sektor tersebut,’’ katanya.

Dalam negara bergerak ke hadapan, Muhyiddin berkata, rangka pertumbuhan ekonomi makro yang dicatatkan akan lebih bermakna apabila ekonomi rakyat turut berkembang seiring.

‘’Kenaikan harga barang perlu diatasi dengan segera oleh semua pemegang taruh supaya rakyat dapat menikmati hasil pemulihan ekonomi pasca pandemik yang lebih menyeluruh dan bermakna, insya-Allah,’’ katanya. – Artikel kredit WartaRakyat

Berita berkaitan
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
7 jam lalu· Politik
DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan
July 5, 2022· Politik
Bagi UMNO, penyelesaian harga barang naik adalah dengan buat PRU
July 5, 2022· Politik
Desakan Bubar MPN bukti ada pemimpin hanya pentingkan politik
July 4, 2022· Rencana
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
35 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
58 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok