MPN minta kerajaan pertimbang isytihar endemik Covid-19: Muhyiddin

September 9, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) komited untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan peralihan negara ke fasa endemik Covid-19 sepenuhnya.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu perlu difikirkan setelah pembukaan banyak sektor dan penganjuran himpunan besar sekali gus menjadi petanda negara sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau berkata MPN menyerahkan kepada pihak yang lebih pakar untuk menentukan perkara itu, seterusnya menasihati kerajaan untuk mengumumkannya apabila negara sudah sampai masa untuk kembali pulih seperti sedia kala.

“MPN komited memberi pandangan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan peralihan negara ke fasa endemik sepenuhnya, susulan banyak kelonggaran yang diberikan ketika ini.

“Ini selaras dengan tanggungjawab MPN iaitu memberi pandangan dan nasihat berdasarkan fakta yang ada kepada kerajaan.

“Mungkin dalam mesyuarat akan datang dan agenda utamanya adalah dengan membentang laporan Covid-19. Kita akan mengambil kira pelbagai sudut dan kemukakan cadangan kepada kerajaan, katanya selepas Program Ziarah Prihatin Komuniti Cina di Pekan Lenga, dekat Pagoh, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata MPN hanya boleh memberi pandangan dan nasihat, sebaliknya keputusan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya adalah dalam bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) atau kerajaan.

“Paling penting adalah kita pulih dari segi ekonomi. Itu perlu menjadi tumpuan utama kerajaan ketika ini,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, KKM harus bertindak atas data sains, fakta dan tidak boleh sesuka hati mengambil keputusan kerana perkara berkenaan membabitkan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Sekarang sudah ada lebih kebebasan dan data yang ada menunjukkan kes Covid-19 semakin menurun.

“KKM boleh beri pertimbangan tapi yang penting adalah sebahagian besar atau hampir semua sektor ekonomi, sosial, pendidikan sudah kembali seperti sedia kala,” katanya.

Terdahulu, KKM memaklumkan sebanyak 2,226 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 8 September 2022), meningkat sedikit berbanding 2,428 yang direkodkan pada Rabu.

Dua kluster baharu kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan turut dikesan di Kuala Lumpur serta Selangor, semalam.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,799,663 kes, dengan 4,735,993 pesakit telah sembuh, termasuk 1,894 pesakit pulih semalam.

Pada masa sama, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lebih 72.298 juta dos vaksin telah diverikan kepada peopulasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,095,933 melibatkan dos pertama; 27,498,608 (dos kedua); 16,223,650 (penggalak pertama); dan 480,081 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
15 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok